SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT IKTBN TEMERLOH 1448H/2026M

    SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT IKTBN TEMERLOH 1448H/2026M

    Tarikh: 4 September 2026 (Jumaat)
    Tempat: Surau dan Dewan IKTBN Temerloh

    Sambutan Maulidur Rasul 1448H / 2026M Peringkat IKTBN Temerloh telah diadakan pada 4 September 2026 dengan penglibatan pegawai, kakitangan dan pelajar IKTBN Temerloh.
    Program dimulakan dengan perarakan serta selawat beramai-ramai, seterusnya berkumpul di Dewan Utama IKTBN Temerloh bagi mengikuti ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Abdullah Fahmi bin Ahmad Badawi. Majlis turut diserikan dengan persembahan nasyid daripada sekumpulan pelajar IKTBN Temerloh yang menggelarkan kumpulan mereka Soutul Fateh.
    Program ini bertujuan menyemarakkan kecintaan terhadap Rasulullah SAW serta memberi penghayatan terhadap akhlak, perjuangan dan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian. Selain itu, program turut menjadi medium untuk mengeratkan silaturahim serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan warga IKTBN Temerloh.
    Program telah berlangsung dengan lancar dan tamat pada jam 11.30 pagi.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh
    Kampung Bongsu,
    28500 Lanchang, Temerloh,
    Pahang Darul Makmur.

    09-2805550