BENGKEL SEMAKAN KURIKULUM OLEH PANEL INDUSTRI DAN ALUMNI PROGRAM MQA

    BENGKEL SEMAKAN KURIKULUM OLEH PANEL INDUSTRI DAN ALUMNI PROGRAM MQA

    BENGKEL SEMAKAN KURIKULUM OLEH PANEL INDUSTRI DAN ALUMNI PROGRAM MQA
    Temerloh, 6 November 2025 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKBNT) Temerloh, Kementerian Belia dan Sukan, telah menganjurkan Bengkel Semakan Kurikulum oleh Panel Industri dan Alumni Program MQA serta Mesyuarat Jawatankuasa Panel Penilaian Kemahiran (JPPK). Program ini bertujuan memperkukuh pelaksanaan kurikulum berasaskan Outcome-Based Education (OBE) serta memastikan keselarasan dengan keperluan industri semasa.
    Bengkel Semakan Kurikulum telah berlangsung pada sebelah pagi (9:00 pagi – 1:00 tengah hari) telah diadakan secara Google Meet dan telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Latihan, En. Muhamad Ezzas Bin Abu Bakar. Bengkel ini telah dihadiri oleh Cawangan Penyelarasan Kawalan Kualiti selaku urus setia, Cawangan Kerjasama Strategik, Kaunseling Dan Kerjaya, Jurusan Automotif Penyelenggaraan dan Jurusan Automotif Pembuatan.
    Sesi ini memberi tumpuan kepada:
     Pembentangan hasil Bengkel CQI (Continuous Quality Improvement) oleh jurusan berkaitan. Maklum balas daripada Penasihat Akademik, Ts. Dr. Abd Fathul Hakim Bin Zulkifli dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).Bimbingan strategik pengurusan mesyuarat JPPK bersama wakil industri dan alumni bagi menghasilkan outcome yang lebih mantap.
    Sesi mesyuarat pada sebelah petang yang juga diadakan secara maya telah dipengerusikan oleh Tuan Pengarah IKTBN Temerloh, En Azian Bin Hussain. Turut bersama pada sesi sebelah petang adalah Timbalan Pengarah Latihan, Wakil industri, Wakil alumni, Penasihat Akademik, Wakil Jurusan Automotif Penyelenggaraan dan Pembuatan, Cawangan Kerjasama Strategik, Kaunseling Dan Kerjaya yang bertindak sebagai urusetia mesyuarat serta Cawangan Penyelarasan kawalan Kualiti.
    Mesyuarat Jawatankuasa Panel Penilaian Kemahiran (JPPK) (2:30 – 4:30 petang) pula membincangkan agenda utama berikut: Penambahbaikan kurikulum, peralatan dan fasiliti. Penganjuran latihan seperti Lawatan Ilmiah, Latihan Jangka Pendek, LSI dan PKI. Peluang pekerjaan bagi graduan. Inovasi dan penyelidikan pengajar. Pembangunan keusahawanan serta tanggungjawab sosial industri (CSR).
    Penganjuran bengkel dan mesyuarat ini menegaskan komitmen IKTBN Temerloh dalam memastikan kurikulum yang ditawarkan sentiasa relevan, meningkatkan kebolehpasaran graduan, serta menyokong agenda pembangunan modal insan negara.
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh
    Kampung Bongsu,
    28500 Lanchang, Temerloh,
    Pahang Darul Makmur.

    09-2805550