- Haszreen
- IKTBN Temerloh
- Hits: 31
BENGKEL PENGURUSAN PENILAIAN PELAJAR MQA BAGI KEPERLUAN OUTCOME BASED EDUCATION (OBE)
Bengkel Pengurusan Penilaian Pelajar MQA bagi keperluan Outcome Based Education (OBE)
Temerloh, 7 November 2025 – Bengkel Pengurusan Penilaian Pelajar MQA bagi Keperluan Outcome Based Education (OBE) yang dianjurkan oleh Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKBNT) Temerloh telah berlangsung di Bilik ICT, CPKK.
Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada pengajar dalam pembangunan aplikasi pengurusan penilaian pelajar yang selaras dengan kerangka OBE serta menyediakan ekosistem digital yang menyokong pemantauan, analisis dan pelaporan pencapaian pelajar mengikut garis panduan MQA.
Bengkel ini merupakan platform penting bagi para pengajar untuk memahami dan menguasai aplikasi pengurusan penilaian pelajar yang lebih sistematik, telus dan berorientasikan hasil pembelajaran. Sepanjang tiga hari, peserta telah didedahkan dengan pelbagai modul termasuk pendaftaran subjek, kehadiran pelajar, kemasukan markah, slip dan transkrip pelajar, penilaian pengajar, serta analisis CLO, PLO dan PEO.
Peserta bengkel terdiri daripada pegawai dari Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti manakala sesi bimbingan telah dikendalikan oleh Ts. Zainuri Bin Muhammad, yang bertindak sebagai pakar akademik dari Kolej Vokasional Pasir Mas, Kelantan. Manakala pegawai pemantau CIAST bagi pelaksanaan latihan di bawah skop latihan Coaching & Mentoring di agensi KBS, telah dihadiri oleh En. Muhammad Salman Bin Sahak.
Dengan adanya bengkel ini, IKBNT Temerloh berharap dapat memperkukuh ekosistem digital penilaian pelajar, meningkatkan keberkesanan pengajaran, dan seterusnya melahirkan graduan yang lebih kompetitif serta memenuhi keperluan industri.
