IKTBN TEMERLOH MEMPERKASA KEMAHIRAN,MENERAJU INOVASI TEKNOLOGI
'KEMAMAN, TERENGGANU, 31 OKTOBER 2026 – Seramai lima orang Ahli Jawatankuasa (AJK) Robotik Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Temerloh telah menyertai Kursus Aplikasi Drone Sukan/Pertandingan yang berlangsung pada 29 hingga 31 Oktober 2026 bertempat di ADTEC JTM Kemaman, Terengganu.
Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan serta meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta berkaitan teknologi dron, khususnya dalam mengenal pasti jenis-jenis dron yang digunakan dalam pelbagai acara sukan dan pertandingan.
Sepanjang program berlangsung, para peserta berpeluang mempelajari ciri-ciri, fungsi dan aplikasi pelbagai kategori dron, di samping memahami potensi penggunaan teknologi dron dalam pembangunan aktiviti robotik serta penyertaan pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Delegasi IKTBN Temerloh terdiri daripada En. Muhammad Almi, En. Shafirul, En. Salahuddin, En. Mohd Shafiq dan En. Syaiful.
Penyertaan ini diharapkan dapat memperkukuh kompetensi AJK Robotik IKTBN Temerloh dalam bidang teknologi dron serta menjadi platform perkongsian ilmu bagi merancang dan membangunkan aktiviti latihan dan pertandingan berasaskan dron pada masa akan datang.
Koi
IKTBN Temerloh
Moh masuk IKTBN Temerloh
