MAJLIS PERHIMPUNAN KAKITANGAN DAN PELAJAR SERTA MAJLIS PERSARAAN TIMBALAN PENGARAH LATIHAN IKTBN TEMERLOH

    MAJLIS PERHIMPUNAN KAKITANGAN DAN PELAJAR SERTA MAJLIS PERSARAAN TIMBALAN PENGARAH LATIHAN IKTBN TEMERLOH
    Temerloh, 30 Oktober 2026 - Majlis Perhimpunan Kakitangan dan Pelajar Bil. 3/2026 serta Majlis Persaraan Timbalan Pengarah Latihan (TPL) telah selamat dilaksanakan dengan jayanya pada 30 Oktober 2026 di Dewan Serbaguna, IKTBN Temerloh.
    Program anjuran Jabatan Program Automotif SKM ini dimulakan dengan acara simbolik pemeriksaan Baris Kehormat oleh Encik Muhammad Ezzas bin Abu Bakar (TPL) sempena persaraan beliau, disusuli dengan acara protokol yang merangkumi nyanyian lagu rasmi, bacaan doa, serta lafaz Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Bebas Rasuah oleh Encik Muhammad Azizi bin Azizan.
    Pengisian majlis diteruskan dengan slot ceramah kerohanian oleh Ustaz Shahrulnizam bin Muhammad, penyampaian amanat oleh YBrs. Tuan Pengarah, serta upacara pengiktirafan melalui penyampaian Anugerah Pekerja Terbaik, Sijil Hari Inovasi Peringkat Negeri Pahang, dan penyerahan bendera kontinjen ILKBS Skill.
    Majlis diakhiri dengan amanat perpisahan daripada TPL yang diraikan, tayangan montaj kenangan, serta sesi bersalaman dan bergambar bersama seluruh warga institut sebagai tanda penghargaan tertinggi atas segala jasa bakti beliau sepanjang perkhidmatan.

    Koi ❤️ IKTBN Temerloh
    Moh masuk IKTBN Temerloh

     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh
    Kampung Bongsu,
    28500 Lanchang, Temerloh,
    Pahang Darul Makmur.

    09-2805550