IKTBN TEMERLOH RAIH ANUGERAH INSTITUSI TVET 5 BINTANG

    IKTBN TEMERLOH RAIH ANUGERAH INSTITUSI TVET 5 BINTANG

    IKTBN TEMERLOH RAIH ANUGERAH INSTITUSI TVET 5 BINTANG 
    Kuala Lumpur, 11 Februari 2026 - IKTBN Temerloh telah mengukir sejarah tersendiri apabila dianugerahkan Anugerah Institusi TVET 5 Bintang dalam satu majlis berprestij yang berlangsung di Dewan Tun Dr Ismail, World Trade Centre Kuala Lumpur.
    Anugerah berkenaan telah disampaikan oleh YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia, sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan dan kualiti penyampaian latihan TVET yang ditawarkan oleh institusi ini.
    Sehubungan itu, setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada Jurusan Semburan Cat (SAV) atas kejayaan meraih Penarafan Tunggal Program TVET Lima (5) Bintang 2025 bagi Program Penyemburan Cat Automotif (TP-306-3:2012).
    Untuk makluman, Majlis Anugerah Institusi TVET 5 Bintang merupakan pengiktirafan di peringkat nasional kepada institusi TVET yang mencapai tahap penarafan tertinggi (5 Bintang) dalam penilaian Penarafan Tunggal Program TVET Tahun 2025.
    Semoga kejayaan ini terus menjadi pemangkin kepada peningkatan prestasi, pemerkasaan kualiti latihan serta komitmen berterusan IKTBN Temerloh dalam melahirkan tenaga kerja mahir dan berdaya saing demi masa depan negara. 🌟
     
     
     
     
     
     
     
     

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh
    Kampung Bongsu,
    28500 Lanchang, Temerloh,
    Pahang Darul Makmur.

    09-2805550