PENYERTAAN BOOT-CAMP PESERTA AKHIR WORLDSKILLS MALAYSIA BELIA (WSMB) 2026

    PENYERTAAN BOOT-CAMP PESERTA AKHIR WORLDSKILLS MALAYSIA BELIA (WSMB) 2026

    PENYERTAAN BOOT-CAMP PESERTA AKHIR WORLDSKILLS MALAYSIA BELIA (WSMB) 2026
    Pada 3 hingga 7 Februari 2026 telah berlangsungnya program Boot-Camp Peserta Akhir Pertandingan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) 2026 dalam bidang Automobile Technology anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di CIAST Shah Alam.
    Program latihan intensif ini melibatkan semua pelajar peringkat akhir pelbagai kolej dan institusi diseluruh negara dan salah seorang peserta akhir IKTBN Temerloh, Ayrel bin Hisam turut terlibat. Ia sebagai persediaan menghadapi pertandingan peringkat akhir WSMB 2026. Sepanjang mengikuti boot-camp ini, peserta dan jurulatih telah didedahkan kepada lapan (😎 modul pertandingan terbaharu, yang diperkenalkan buat pertama kali pada tahun ini dan akan dipertandingkan di peringkat akhir, selaras dengan standard serta format pertandingan di peringkat antarabangsa.
    Latihan ini turut disertai oleh En. Afzainizam bin Abdul Aziz selaku jurulatih bersama 11 orang peserta akhir dan jurulatih yang terlibat. Fasilitator CIAST, Encik Ting Swee Keong, pakar automotif berpengalaman, telah memberikan penekanan terhadap aspek kemahiran teknikal dan elektrikal, kaedah diagnosis yang sistematik, ketepatan pelaksanaan tugasan, strategi pengurusan masa serta simulasi tugasan sebenar mengikut standard WorldSkills.
    Penyertaan boot-camp ini bertujuan memastikan tahap kesiapsiagaan peserta berada pada tahap optimum serta berdaya saing tinggi. Usaha berterusan ini diharap dapat melahirkan peserta yang kompeten dan profesional, seterusnya mengharumkan nama Kementerian Belia dan Sukan serta IKTBN Temerloh, dan berpotensi mewakili negara dalam bidang kemahiran Automobile Technology di peringkat lebih tinggi.
    Tahniah dan syabas kepada Fakulti Teknologi Automotif JTAP dan semua pihak yang terlibat atas komitmen dan dedikasi yang diberikan.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh
    Kampung Bongsu,
    28500 Lanchang, Temerloh,
    Pahang Darul Makmur.

    09-2805550