IKTBN Temerloh Semarakkan Sambutan Hari Sukan Negara 2025
Temerloh, — Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Temerloh dengan jayanya telah menganjurkan Sambutan Hari Sukan Negara 2025, sebagai usaha memperkukuh semangat kesukanan dan mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar serta seluruh warga institut.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Azian bin Hussain, Pengarah IKTBN Temerloh, yang menyeru seluruh warga agar menjadikan aktiviti sukan sebagai rutin harian dan budaya hidup aktif dalam komuniti kampus.
Pelbagai pengisian menarik telah diadakan sepanjang sambutan ini, antaranya Senamrobik Perdana, 15 acara pertandingan , 5 acara mari Mencuba serta cabutan bertuah yang berjaya menarik penyertaan ramai pelajar serta warga IKTBN Temerloh. Suasana yang penuh ceria, semangat kesukanan, dan nilai perpaduan jelas terpancar sepanjang program berlangsung.
Penganjuran ini bukan sahaja menyemarakkan semangat bersukan, malah turut memperkukuh hubungan silaturrahim dan kerjasama antara warga IKTBN Temerloh selaras dengan aspirasi “Malaysia Cergas”
