PEPERIKSAAN AKHIR SESI 2/2025

    PEPERIKSAAN AKHIR SESI 2/2025

    PEPERIKSAAN AKHIR SESI 2/2025

    Temerloh, 14 Oktober 2026 - Peperiksaan akhir sesi 2/2025 (Oktober) IKTBN Temerloh bagi Program Diploma Teknologi Automotif (DAM-34) telah berlangsung dengan jayanya pada 6 hingga 15 Oktober 2025.
    Sesi peperiksaan kali ini telah diawasi oleh Pegawai Pengesah Luaran (PPL), En. Mohd Anuar bin Daud (13 -15 Oktober 2025), yang bukan sahaja memastikan kelancaran pelaksanaan peperiksaan, malah turut menjalankan verifikasi portfolio dan semakan buku log latihan industri pelajar sebagai sebahagian daripada proses pengesahan standard kompetensi.
    Kemuncaknya pada 14 Oktober 2025, seramai 7 kumpulan pelajar telah berjaya membuat pembentangan Projek Akhir mereka dengan penuh semangat dan profesionalisme
    di hadapan panel PPL bersama panel industri jemputan, En. Nuramin bin Aziz daripada Syarikat NA Maju Auto Serviced, Mentakab Pahang.
    Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar atas usaha gigih, disiplin dan kreativiti yang ditunjukkan sepanjang sesi peperiksaan ini. Penghargaan turut diberikan kepada para pengajar dan pihak industri atas sokongan padu dalam memastikan kualiti program automotif kekal tinggi dan selaras dengan kehendak industri semasa.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh
    Kampung Bongsu,
    28500 Lanchang, Temerloh,
    Pahang Darul Makmur.

    09-2805550