JELAJAH TVET & iDEA 2026 : SINERGI BAHARU ANTARA IKTBN TEMERLOH DAN PEJABAT DAERAH TEMERLOH

    JELAJAH TVET & iDEA 2026 : SINERGI BAHARU ANTARA IKTBN TEMERLOH DAN PEJABAT DAERAH TEMERLOH

     
    Temerloh, 9 Jun 2026 -Sesi kunjungan hormat oleh delegasi IKTBN Temerloh ke Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh telah berlangsung dengan penuh mesra dan profesional bagi membincangkan kerjasama dalam menjayakan Program Jelajah TVET & iDEA 2026 hari ini.
    Delegasi seramai (4) empat orang diketuai oleh Tuan Pengarah IKTBN Temerloh, En. Azian bin Hussain bersama Pn. Siti Aishah binti Mustafa selaku Pemangku Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar merangkap Ketua Cawangan Kerjasama Strategik dan juga Penyelaras Program, Cik Noor Haslinda binti Hanapi sebagai Setiausaha Program serta En. Nor Azli bin Rameli selaku Penyelaras iDEA 2026 telah hadir ke premis PDT bagi sesi pertemuan ini.
    Kehadiran delegasi disambut oleh Pegawai Daerah Temerloh, YH Dato' Khairur Rizal bin Ramli bersama empat orang kakitangan beliau. Pertemuan ini telah mencapai keputusan positif apabila pihak Pejabat Daerah & Tanah Temerloh sudi membantu menyelaras agensi di bawah seliaan mereka bagi turut serta menjayakan program besar ini.
    Langkah ini membuktikan komitmen bersama dalam memperkukuh jaringan kerjasama antara Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan agensi kerajaan tempatan demi memastikan kejayaan program yang bakal memberi impak besar kepada pembangunan belia serta inovasi pendidikan TVET negara.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh
    Kampung Bongsu,
    28500 Lanchang, Temerloh,
    Pahang Darul Makmur.

    09-2805550