Kursus Audit Eksa Bersama Champion Eksa IKTBN Temerloh 2025

    IKTBN Temerloh telah menganjurkan Kursus Audit EKSA yang bertujuan memberi pendedahan dan pemahaman kepada semua kakitangan khususnya kepada juruaudit yang dilantik mengenai proses pelaksanaan audit EKSA di institusi ini.
     
    Kursus ini telah disampaikan oleh Puan Rosnawati Bt Abu Bakar, Champion EKSA dari Kolej Komuniti Selandar, Melaka yang berkongsi ilmu serta pengalaman dalam memastikan pengurusan EKSA dilaksanakan dengan lebih sistematik dan berkesan. Semoga penganjuran kursus ini dapat meningkatkan kefahaman serta komitmen warga kerja IKTBN Temerloh dalam mengekalkan persekitaran kerja yang kondusif, produktif dan berkualiti.
     

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh
    Kampung Bongsu,
    28500 Lanchang, Temerloh,
    Pahang Darul Makmur.

    09-2805550