- Dzulkifli Bujang
- IKTBN Temerloh
- Hits: 39
Persediaan Kontinjen Kawad Kaki IKTBN Temerloh Ke Perbarisan Sempena Hari Kebangsaan Ke-38 Peringkat Daerah Temerloh Tahun 2025
Dalam semangat patriotisme dan perpaduan, Kontinjen IKTBN Temerloh kini giat menjalankan latihan intensif sebagai persediaan menghadapi Pertandingan Kawad Kaki sempena Perbarisan Hari Kemerdekaan ke-38 peringkat Daerah Temerloh Tahun 2025. Latihan ini bukan sahaja bertujuan memantapkan disiplin dan kekompakan barisan, malah mencerminkan semangat cintakan tanah air yang tinggi dalam kalangan warga institut.
Persediaan latihan telah diuruskan sepenuhnya oleh Unit Disiplin dan Kawalan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) pada setiap hari bermula pada 25 Ogos hingga 30 Ogos 2025 di Padang Kawad, IKTBN Temerloh. Seramai 57 orang pelajar telah di pilih untuk menyertai perbarisan Hari Kemerdekaan ke-38 peringkat Daerah Temerloh Tahun 2025.
Diharapkan agar kontinjen perbarisan tahun ini dapat mengulangi kejayaan gemilang sebagai pemenang juara keseluruhan dan perbarisan terbaik, seperti yang telah dicapai sebelum ini. Dengan semangat juang yang tinggi, disiplin yang mantap serta latihan yang rapi, kontinjen ini diyakini mampu mengekalkan prestasi cemerlang dan mengharumkan nama institusi.