KURSUS JANGKA PENDEK BERSAMA AGENSI : PROGRAM KEUSAHAWANAN BELIA B-BEST 2026

    KURSUS JANGKA PENDEK BERSAMA AGENSI : PROGRAM KEUSAHAWANAN BELIA B-BEST 2026

    "Program Keusahawanan Belia Bestari (B-BEST) Peringkat Negeri Pahang: Kursus Asas Penyelenggaraan Penyaman Udara Domestik"

    πŸ“†21-23 Ogos 2026
    πŸ“Bengkel Aircond (5) IKTBN Temerloh
    Temerloh, 23 Ogos 2026-Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Temerloh sekali lagi menjadi pusat tumpuan apabila berjaya menganjurkan Program Keusahawanan Belia Bestari (B-BEST) Peringkat Negeri Pahang melalui Kursus Asas Penyelenggaraan Penyaman Udara Domestik dengan kerjasama Cawangan Kerjasama Strategik (CKS) IKTBN Temerloh.
    Program ini berlangsung selama tiga hari, bermula dari 21 hingga 23 Ogos 2026 bertempat di Bengkel Jabatan Mekanikal dan Elektrikal, Bahagian Penyaman Udara dan Pemanasan Domestik (Bengkel 5). Seramai 32 orang belia telah berjaya menyertai kursus ini yang memberi penekanan kepada kemahiran asas dalam penyelenggaraan sistem penyaman udara domestik.
    Fokus Program :
    🎯Latihan praktikal di bengkel dengan bimbingan tenaga pengajar berpengalaman.
    🎯Penerapan keusahawanan sebagai nilai tambah kepada peserta untuk menceburi bidang perkhidmatan penyaman udara.
    🎯Kerjasama strategik antara CKS dan jabatan Mekanikal dalam memperkukuh modul latihan.
    🎯Pembangunan belia sebagai tenaga kerja berkemahiran tinggi yang mampu memenuhi keperluan pasaran domestik.
    Program ini bukan sahaja melahirkan belia yang berkemahiran teknikal, tetapi juga memberi peluang kepada mereka untuk menjadikan kemahiran tersebut sebagai asas kepada usaha keusahawanan. Dengan sokongan pelbagai pihak, B-BEST Peringkat Negeri Pahang dijangka menjadi pemangkin kepada peningkatan ekonomi belia serta memperkukuh ekosistem keusahawanan di negeri ini.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh
    Kampung Bongsu,
    28500 Lanchang, Temerloh,
    Pahang Darul Makmur.

    09-2805550