KURSUS JANGKA PENDEK PENYELENGGARAAN PENGHAWA DINGIN KENDERAAN

    KURSUS JANGKA PENDEK PENYELENGGARAAN PENGHAWA DINGIN KENDERAAN

    KURSUS JANGKA PENDEK PENYELENGGARAAN PENGHAWA DINGIN KENDERAAN
    Temerloh, 7 Mei 2026 | IKTBN Temerloh sekali lagi menjadi pusat tumpuan apabila berjaya menganjurkan dua (2) Kursus Jangka Pendek iaitu Program Future Youth Skill 2026 : Kursus Penyelenggaraan Penghawa Dingin Kenderaan dan Program Kursus Jangka Pendek bersama Agensi : Penyelenggaraan Penghawa Dingin Kenderaan sekali gus di sini.
    Program intensif ini berlangsung selama tiga hari bermula dari 5 hingga 7 Mei 2026, bertempat di Bengkel 2 IKTBN Temerloh. Kursus yang diselia oleh Cawangan Kerjasama Strategik (CKS) dengan penglibatan Puan Mallisa Afnie binti Muhammad Ridzuan dan Encik Azman bin Wok yang bertindak sebagai urusetia.
    Seramai 5 orang tenaga pengajar iaitu Encik Samsulbahri bin Nur Tahir, Encik Mohd Fazdil bin Sharani, Encik Afzainizam bin Abdul Aziz, Encik Shahlan bin Mohammad dan Encik Muhammad Amirul Shahzwan bin Md Kahar dari Fakulti Teknologi Automotif Penyelenggaraan IKTBN Temerloh turut memberikan komitmen penuh dalam memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sepanjang program. Program ini dimulakan dengan taklimat awal yang disampaikan oleh KC CKS iaitu Puan Siti Aishah binti Mustaffa sebelum kelas teori dan amali dilaksanakan.
    Suasana bengkel dipenuhi dengan aktiviti teori dan amali yang memberi peluang kepada peserta untuk memahami teknik asas dan lanjutan dalam penyelenggaraan penghawa dingin kenderaan.
    Program ini bukan sahaja menekankan aspek teknikal, tetapi juga membina keyakinan peserta dalam menghadapi cabaran industri automotif masa kini.
    Penganjuran kursus ini membuktikan komitmen IKTBN Temerloh dalam memperkukuh peranan sebagai pusat latihan kemahiran belia selaras dengan usaha melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang mampu memenuhi keperluan pasaran.
    Di akhir program ini, satu sesi penyampaian sijil penyertaan kepada 20 orang peserta dari @Sekolah Tunas Bakti Jerantut yang menyertai Program Future Youth Skill 2026 dan 16 orang peserta Kursus Jangka Pendek Bersama Agensi telah disampaikan oleh Tuan Pengarah IKTBN Temerloh Encik Azian bin Hussain dengan diiringi oleh Puan Arbainyah binti Abdullah, Timbalan Pengetua Sekolah Tunas Bakti Jerantut dan Puan Siti Aishah binti Mustafa, KC CKS. Kursus Jangka Pendek ini menjadi platform penting dalam memperkasa belia dengan kemahiran teknikal yang relevan, sekaligus menyokong agenda pembangunan modal insan negara.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh
    Kampung Bongsu,
    28500 Lanchang, Temerloh,
    Pahang Darul Makmur.

    09-2805550