- Haszreen
- IKTBN Temerloh
- Hits: 15
PBSD TEMERLOH & JBS PAHANG HADIR BERBINCANG PROGRAM KEUSAHAWANAN BELIA B-BEST 2026 DI IKTBN TEMERLOH
PBSD TEMERLOH & JBS PAHANG HADIR BERBINCANG PROGRAM KEUSAHAWANAN BELIA B-BEST 2026 DI IKTBN TEMERLOH
Temerloh, 7 Mei 2026 | Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Temerloh menjadi lokasi pertemuan penting apabila pegawai dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Temerloh (PBSD Temerloh) bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang (JBS Pahang) hadir bagi berbincang dengan pegawai CKS, Pn. Siti Aisyah binti Mustafa (KC) dan Pn. Malissa Afnie binti Muhammad Ridzuan mengenai pelaksanaan Program Keusahawanan Belia Bestari (B-BEST) Tahun 2026.
Pertemuan ini bertujuan memperkukuh kerjasama strategik antara agensi pendidikan, belia, dan pihak industri dalam melahirkan usahawan muda berdaya saing. Program B-BEST 2026 dirangka sebagai platform pembangunan bakat belia melalui latihan keusahawanan, bimbingan mentor, serta peluang pemasaran produk.
Antara perkara utama yang dibincangkan termasuk Strategi pelaksanaan program di peringkat daerah dan negeri, peranan PBSd dalam menyokong penyertaan belia lepasan Tahfiz dan belia luar bandar serta sumbangan JBS Pahang dalam menyediakan jaringan komuniti belia serta kerjasama CKS sebagai rakan strategik dalam pembangunan modul dan peluang kemahiran.
Program B-BEST 2026 dijangka menjadi pemangkin kepada lahirnya generasi belia yang bukan sahaja berilmu, tetapi juga berani menceburi bidang keusahawanan. Dengan sokongan pelbagai pihak, ia diharap dapat meningkatkan ekonomi belia setempat serta memperkukuh ekosistem keusahawanan di Pahang.
