KURSUS PENGURUSAN PENILAIAN PELAJAR MQA KEPERLUAN OUTCOME BASED EDUCTION (OBE)

    KURSUS PENGURUSAN PENILAIAN PELAJAR MQA KEPERLUAN OUTCOME BASED EDUCTION (OBE)

    KURSUS PENGURUSAN PENILAIAN PELAJAR MQA KEPERLUAN OUTCOME BASED EDUCTION (OBE)
    TEMERLOH, 18 September 2026 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Temerloh menerusi Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti (CPKK) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Penilaian Pelajar MQA Bagi Keperluan Outcome Based Education (OBE) secara dalam talian menerusi platform Google Meet.
    Kursus yang berlangsung pada 18 September 2026 ini bertujuan untuk memantapkan pemahaman warga kerja akademik dalam pelaksanaan kualiti penilaian pelajar berasaskan pendekatan OBE. Selain itu, program ini turut memberi pendedahan teknikal secara amali berasaskan penggunaan Sistem OMASD (Versi 1 dan Versi 2) bagi analisis Course Learning Outcome (CLO) dan Program Learning Outcome (PLO) mengikut struktur kurikulum baharu.
    Pengarah IKTBN Temerloh, Encik Azian Bin Hussain, dalam ucapan alu-aluannya menyatakan sokongan penuh terhadap penganjuran program ini dan menyifatkan pematuhan standard MQA serta pemantapan amalan OBE sebagai teras penting dalam memastikan kualiti pendidikan kemahiran belia sentiasa relevan dan berdaya saing.
    Penganjuran kursus ini dimanfaatkan sepenuhnya melalui perkongsian kepakaran daripada barisan penceramah jemputan antaranya Ir. Dr. Ruqayyah Binti Ismail dari UiTM Kampus Shah Alam, Dr. Mohammad Nizam Bin Ibrahim dan Encik Mohaiyedin Bin Idris dari UiTM Kampus Cawangan Pulau Pinang.
    Menerusi pendedahan ini, CPKK IKTBN Temerloh berharap semua pengajar MQA dan pegawai terlibat dapat mengaplikasikan ilmu serta kemahiran pengurusan penilaian berasaskan OBE ini secara berkesan demi memartabatkan kualiti institusi.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh
    Kampung Bongsu,
    28500 Lanchang, Temerloh,
    Pahang Darul Makmur.

    09-2805550