MAJLIS PERPISAHAN & LAMBAIAN KASIH .
18 September 2026 Hari Terakhir bertugas di IKTBN Temerloh.
“Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, namun setiap kenangan akan kekal menjadi sebahagian daripada perjalanan.” 
Warga IKTBN Temerloh merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Haji Wan Mohd Helmi bin Wan Ali atas segala jasa, bakti, dedikasi dan sumbangan sepanjang berkhidmat bersama keluarga besar IKTBN Temerloh.
Sesungguhnya, kehadiran Tuan Haji telah mencorakkan banyak kenangan indah yang akan sentiasa terpahat dalam ingatan kami.
Sempena pertukaran Pegawai & Kakitangan, kami mendoakan agar perjalanan Tuan Haji di tempat baharu dipermudahkan, dikurniakan kejayaan, kebahagiaan dan keberkatan dalam setiap langkah. 
Jasamu tetap terpahat di hati kami.
Selamat bertugas di tempat baharu, Tuan Haji Wan Mohd Helmi bin Wan Ali
