LAPORAN RINGKAS AKTIVITI CERAMAH KEBAKARAN, LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN SERTA LATIHAN PEMADAMAN KEBAKARAN INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA (IKTBN) TEMERLOH

    LAPORAN RINGKAS AKTIVITI CERAMAH KEBAKARAN, LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN SERTA LATIHAN PEMADAMAN KEBAKARAN INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA (IKTBN) TEMERLOH

    LAPORAN RINGKAS AKTIVITI CERAMAH KEBAKARAN, LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN SERTA LATIHAN PEMADAMAN KEBAKARAN INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA (IKTBN) TEMERLOH

    Tarikh: 11 November 2025
    Hari: Selasa
    Masa: 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    Tempat: Dewan Serbaguna dan Padang Kawad, IKTBN Temerloh
    Penganjur: Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan JKKP IKTBN Temerloh
    Penceramah / Agensi Terlibat: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Temerloh
    Sempena Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2025 peringkat IKTBN Temerloh, beberapa program telah diatur sebagai usaha bersama untuk menanamkan kesedaran tentang pentingnya keselamatan dan kesihatan bukan sahaja di tempat kerja, bengkel tempat pelajar menjalankan latihan juga di mana pun warga Institut berada. Selain itu, program yang diatur sepanjang minggu ini, diharap memperkukuh budaya kerja selamat serta mencegah kemalangan dan penyakit pekerjaan yang sentiasa berada disekeliling kita.
    Antara program yang dianjurkan adalah Ceramah Keselamatan Kebakaran Serta Latihan Pengungsian (Fire Drilled) Bangunan Dan Kawasan IKTBN Temerloh dengan kerjasama Balai Bomba Mentakab.
    Aktiviti dimulakan perasmian Minggu Keselamatan dan Pekerjaan 2025 yang disempurnakan oleh Timbalan pengarah Latihan En. Muhammad Ezzas bin Abu Bakar. Progam pertama adalah pengisian slot ceramah keselamatan kebakaran yang disampaikan oleh pegawai dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) PPg Bomba Tuan Shamsul Affendi bin Sulaiman. Ceramah meliputi topik berkaitan punca kebakaran, kaedah pencegahan, Latihan Penguisan Bangunan serta penggunaan alat pemadam api serta langkah-langkah menyelamat diri ketika kebakaran. Selepas sesi ceramah, seluruh pelajar dan pegawai dibawa ke kawasan padang kawad (Zon C) untuk latihan amali pemadaman kebakaran, di mana demonstrasi penggunaan alat pemadam api (jenis ABC dan CO₂ telah dijalankan. Pelajar turut diberi peluang mencuba sendiri menaiki kenderaan lori pemadam api serta melaksanakan aktiviti pemadaman api dengan kaedah pemadaman yang betul dengan bimbingan pegawai bomba.
    Kehadiran seramai hampir 500 orang peserta terdiri daripada pelajar dan staf IKTBN Temerloh yang mengikuti aktiviti dan program ini membuktikan bahawa aspek keselamatan dan kesihatan adalah sentiasa menjadi keutamaan dalam diri setiap warga IKTBN Temerloh khususnya para pelajar yang rumah keduanya adalah di Institut ini. Diharapkan program ini dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai ruang persediaan, serta mempupuk kepekaan terhadap semua kemungkinan bahaya terutamanya melibatkan api dan kebakaran.
    Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
    IKTBN Temerloh

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh
    Kampung Bongsu,
    28500 Lanchang, Temerloh,
    Pahang Darul Makmur.

    09-2805550