emerloh, 21 November 2025 – Seramai tiga orang pelajar dari pelbagai Kampus Satelit CIAST telah berjaya menamatkan Latihan Internship mereka di IKTBN Temerloh dengan jayanya. Program yang berlangsung dari 10 Jun 2025 hingga 21 November 2025 ini merupakan sebahagian daripada perjalanan pembelajaran sebelum para pelajar melangkah ke dunia pekerjaan sebenar
Latihan Internship ini memberi peluang kepada pelajar untuk mempraktikkan pengetahuan teknikal, menguasai kemahiran kerja sebenar, serta memahami budaya dan prosedur kerja industri secara menyeluruh. Ia juga mengajar mereka tentang disiplin, kerjasama, dan ketekunan - kunci kejayaan dalam apa sahaja bidang yang diceburi. Pelajar terlibat adalah seperti berikut:-
MOHAMAD FARIS BIN JAMALUDDIN
Kursus: Servis Diagnostik Kenderaan Ringan
Institusi: Kampus Satelit CIAST, ADTEC Jerantut
MOHAMAD KHAIRULDIN BIN RINDUAN
Kursus: Servis Diagnostik Kenderaan Ringan
Institusi: Kampus Satelit CIAST, ADTEC Jerantut
MOHAMAD NAZMI BIN MAT ZAMRI
Kursus: Servis Diagnostik Kenderaan Ringan
Institusi: Kampus Satelit CIAST, ADTEC Jerantut.
Pihak IKTBN Temerloh mengucapkan tahniah serta merakamkan penghargaan atas komitmen, disiplin, dan pencapaian mereka sepanjang tempoh latihan dijalankan. Semoga pengalaman selama enam bulan ini menjadi landasan kukuh untuk mencapai impian, terus berjaya, dan menjadi inspirasi kepada rakan-rakan lain. Selamat maju jaya.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Professional Terunggul
