LAWATAN PENANDA ARAS KENDERAAN ELEKTRIK di IKTBN CHEMBONG 

Rembau, 24 Oktober 2025 - Hari ini, pihak kami telah mengadakan lawatan penanda aras ke Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKtBN) Chembong bagi meninjau pelaksanaan program serta infrastruktur berkaitan kenderaan elektrik (EV).
Lawatan ini bertujuan untuk perkongsian pengetahuan, teknologi dan amalan terbaik dalam pembangunan tenaga mahir serta inovasi hijau di sektor automotif.
Terima kasih kepada pihak IKtBN Chembong atas sambutan mesra dan kesediaan untuk menjalin kerjasama strategik kearah memperkukuh ekosistem latihan kemahiran berasaskan mobiliti elektrik di Malaysia. 

