- Haszreen
- IKTBN Temerloh
- Hits: 69
KURSUS MEMBINA ETIKA DAN SEMANGAT KERJA KE ARAH KECEMERLANGAN DIRI SERTA ORGANISASI
KURSUS MEMBINA ETIKA DAN SEMANGAT KERJA KE ARAH KECEMERLANGAN DIRI SERTA ORGANISASI
Temerloh, 28 Oktober 2025 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara
(IKTBN) Temerloh telah menganjurkan Kursus Membina Etika dan Semangat Kerja ke Arah Kecemerlangan Diri serta Organisasi bertempat di Hotel Seri Malaysia, Temerloh. Program ini melibatkan penyertaan pegawai-pegawai IKTBN Temerloh dengan objektif memperkukuh nilai etika, integriti serta semangat kerja dalam kalangan warga organisasi.
Kursus ini merangkumi tiga sesi utama yang menampilkan penceramah berpengalaman daripada pelbagai agensi.
Sesi pertama bertajuk “Antara Rezeki, Keberkatan dan Amanah, Di Mana Kita Berdiri?” disampaikan oleh Ustaz Mohd Asri bin Awang, pegawai daripada Pusat Kutipan Zakat. Beliau menekankan kepentingan mencari rezeki yang halal serta melaksanakan amanah dengan penuh tanggungjawab bagi memperoleh keberkatan dalam pekerjaan.
Sesi kedua pula bertajuk “Integriti Sebagai Seorang Penjawat Awam” disampaikan oleh Puan Noremelia binti Rosla, pegawai daripada Unit Integriti, Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Sesi ini memberi penekanan terhadap nilai kejujuran, ketelusan dan akauntabiliti yang perlu diterapkan dalam diri setiap penjawat awam bagi mengekalkan kepercayaan masyarakat terhadap perkhidmatan awam.
Sesi ketiga bertajuk “Prestasi Merosot, Amanah Tercalar, Masa untuk Bangkit Semula” disampaikan oleh Puan Norul Idayu binti Razani, Pegawai Psikologi daripada Kolej Komuniti Temerloh. Beliau berkongsi panduan dan teknik menangani tekanan kerja serta cara membina semula motivasi dan semangat bagi meningkatkan prestasi diri.
Penganjuran kursus ini diharap dapat meningkatkan kesedaran warga kerja IKTBN Temerloh terhadap kepentingan etika, integriti dan tanggungjawab dalam melaksanakan amanah organisasi. Program ini juga menjadi platform untuk memperkukuh semangat kerja berpasukan serta menyemai budaya kerja cemerlang dalam kalangan pegawai.
