MAJLIS PERSARAAN

    MAJLIS PERSARAAN

    🌟 MAJLIS PERSARAAN 🌟

    Kelab KSK IKTBN Temerloh telah menganjurkan Majlis Persaraan Encik Nasir bin Mohamed sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, bakti serta sumbangan beliau sepanjang tempoh perkhidmatan di IKTBN Temerloh.
    Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh mesra dan kenangan ini dihadiri oleh ahli Kelab KSK meraikan detik bersejarah persaraan beliau. Pelbagai pengisian bermakna telah diadakan sebagai simbol penghargaan terhadap dedikasi, komitmen dan keteladanan yang telah ditunjukkan oleh Encik Nasir sepanjang berkhidmat. Turut hadir bersama En. Azian bin Hussain Pengarah IKTBN Temerloh , En. Mohd Nadzri bin Mohd Khairuddin Tim. Pengarah Hal Ehwal Pelajar dan En. Mohd Faizal bin Abdul Salim Pengerusi Kelab KSK IKTBN Temerloh.
    Seluruh warga IKTBN Temerloh merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik Nasir bin Mohamed. Semoga persaraan ini membawa kebahagiaan, kesihatan yang baik serta kejayaan dalam fasa kehidupan yang baharu.
    💐 Selamat Bersara & Terima Kasih atas Segalanya! 💐
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh
    Kampung Bongsu,
    28500 Lanchang, Temerloh,
    Pahang Darul Makmur.

    09-2805550