- Haszreen
- IKTBN Temerloh
- Hits: 84
PERBARISAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT DAERAH TEMERLOH TAHUN 2026
TEMERLOH, 1 September 2026 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Temerloh telah menyertai Perbarisan dan Perarakan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Daerah Temerloh Tahun 2026 yang telah diadakan di Dataran Temerloh. Majlis yang bermula seawal jam 7.30 pagi itu berlangsung dalam suasana penuh semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara, di samping menyemarakkan semangat perpaduan serta penghayatan terhadap erti kemerdekaan dalam kalangan para peserta.
Kontinjen IKTBN Temerloh tampil dengan penuh berdisiplin dan bersemangat sepanjang perbarisan, sekali gus mencerminkan komitmen institut dalam menyokong program kenegaraan serta menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan di peringkat daerah.
Penglibatan para pelajar dalam perbarisan ini bukan sahaja memberi pengalaman berharga kepada mereka, malah menjadi platform untuk menerapkan nilai cinta akan tanah air, kerjasama, kepimpinan dan semangat jatidiri dalam kehidupan seharian dan menjadi wadah untuk seluruh rakyat Malaysia menghayati erti kemerdekaan dan menghargai keamanan, keharmonian serta kepelbagaian yang menjadi kekuatan negara.
