Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 berlangsung pada 29 Mei 2026 hingga 07 Jun 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Perpustakaan IKTBN Temerloh telah menganjurkan Program Lawatan Sambil Belajar ke PBAKL 2026 pada 04 Jun 2026 (Khamis). Seramai 2 orang kakitangan dan 32 orang pelajar telah menyertai lawatan ini. Matlamat utama adalah mendedahkan para pelajar tentang kepentingan membaca berlandaskan slogan PBAKL 2026 iaitu “Malaysia Membaca : Merayakan Buku”. Terima kasih tidak terhingga dari kami kepada semua peserta.
