PENGHORMATAN TERAKHIR DAN ZIARAH PENGEBUMIAN

    PENGHORMATAN TERAKHIR DAN ZIARAH PENGEBUMIAN

     
    Temerloh, 24 Mei 2026 - Warga IKTBN Temerloh telah menzahirkan penghormatan terakhir dalam ziarah pengebumian ke atas Allahyarhamah Norhamizah binti Ahmad Nawawi yang telah kembali ke rahmatullah di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, (HOSHAS) Temerloh Pahang.

    Hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Pengarah IKTBN Temerloh, En Azian bin Hussain disertai oleh mantan pengarah IKTBN Temerloh, Ts. Dr. Mohd Yusoff bin Abu Bakar serta warga kerja IKTBN Temerloh dari pelbagai unit dan bahagian.

    Pemergian Allahyarhamah merupakan satu kehilangan besar, khususnya buat IKTBN Temerloh.
    Segala jasa dan pengorbanan beliau sepanjang berkhidmat akan sentiasa dikenang.
    Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
    Amin.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh
    Kampung Bongsu,
    28500 Lanchang, Temerloh,
    Pahang Darul Makmur.

    09-2805550