PROGRAM PENJELAJAHAN LASAK IKTBN TEMERLOH 2026

     
    TANAH RATA, 20 September 2026 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Temerloh telah melaksanakan Program Penjelajahan Lasak IKTBN Temerloh Tahun 2026 bermula 18 hingga 20 September 2026 bertempat di Golden Hill, Tanah Rata, Cameron Highlands yang melibatkan penyertaan seramai 40 orang.
    Program anjuran Unit Disiplin, Cawangan Pengurusan Pelajar IKTBN Temerloh ini bertujuan memberikan pengalaman pembelajaran luar bilik darjah kepada para peserta melalui pelbagai aktiviti lasak dan mencabar yang dapat meningkatkan ketahanan fizikal dan mental, membentuk disiplin serta memupuk semangat kerjasama.
    Antara pengisian utama program ialah aktiviti perkhemahan yang memberikan pengalaman kepada peserta untuk mengurus keperluan diri dan kehidupan secara berkumpulan dalam suasana persekitaran terbuka dan aktiviti pendakian Gunung Coral dan Gunung Terbakar yang menjadi antara cabaran utama dalam program tersebut.
    Yang Berusaha Encik Azian bin Hussain, Pengarah IKTBN Temerloh telah menyempurnakan sesi pelepasan sebelum peserta bergerak ke lokasi program sebagai tanda sokongan dan dorongan kepada para pelajar yang menyertai program tersebut.
    Program Penjelajahan Lasak ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai platform pembangunan pelajar dalam melahirkan generasi IKTBN Temerloh yang berdisiplin, berdaya tahan, berkeyakinan, mempunyai semangat kerjasama dan jati diri yang tinggi.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh
    Kampung Bongsu,
    28500 Lanchang, Temerloh,
    Pahang Darul Makmur.

    09-2805550