PROGRAM LATIHAN TEKNIKAL ROBERLO 2026

     
    Klang, 14-15 September 2026-Delegasi daripada Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh (IKTBNT) yang terdiri daripada empat orang pegawai daripada Bengkel Jurusan Semburan Cat telah menghadiri Program Latihan Teknikal Roberlo pada 14 hingga 15 September 2026, bertempat di Tiong Nam Motor (Body & Paint) Sdn. Bhd., Klang, Selangor. Latihan intensif selama dua (2) hari dikendalikan oleh pakar teknikal dari Pusat Latihan Roberlo, Sepanyol ini merangkumi sesi teori dan praktikal (hands-on) mengenai kaedah penggunaan serta aplikasi produk automotif seperti putty, primer, dan clearcoat mengikut standard antarabangsa.
    Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya mencapai objektifnya dalam meningkatkan kemahiran teknikal pegawai dan pengajar bagi memastikan kualiti dan konsistensi pembaikan khususnya penyemburan cat kenderaan dijalankan secara efisyen profesional.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh
    Kampung Bongsu,
    28500 Lanchang, Temerloh,
    Pahang Darul Makmur.

    09-2805550