- Haszreen
- IKTBN Temerloh
- Hits: 14
PROGRAM PERKONGSIAN PENYIASATAN SPRM BERSAMA PELAJAR IKTBN TEMERLOH TAHUN 2026
PROGRAM PERKONGSIAN PENYIASATAN SPRM BERSAMA PELAJAR IKTBN TEMERLOH TAHUN 2026
LANCHANG, 2 Oktober 2026 – Unit Integriti, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Temerloh telah menganjurkan Program Perkongsian Penyiasatan SPRM Bersama Pelajar IKTBN Temerloh pada 30 September 2026 (Rabu), bertempat di Dewan Serbaguna IKTBN Temerloh.
Program yang bermula pada jam 8.30 pagi itu melibatkan seramai 211 orang pelajar Semester 2 dan Semester 3 IKTBN Temerloh. Program ini merupakan salah satu pengisian bagi memenuhi Modul Aktiviti KIAR pelajar ILKBS, di samping memberikan pendedahan dan meningkatkan kefahaman pelajar berkaitan isu rasuah serta kepentingan mengamalkan nilai integriti dalam kehidupan seharian.
Sesi perkongsian telah disampaikan oleh PKPs. Mohammad Hassan bin Zulkifli dari Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Daerah Temerloh yang memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai peranan SPRM, kesalahan berkaitan rasuah serta kepentingan menjauhi amalan rasuah dan salah guna kuasa. Turut hadir ialah Encik Muhamad Azizi bin Azizan, Pegawai Unit Integriti IKTBN Temerloh, serta pegawai-pegawai IKTBN Temerloh.
Program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar IKTBN Temerloh tentang kepentingan integriti, amanah dan tanggungjawab sebagai generasi muda, seterusnya membentuk jati diri yang berintegriti serta bebas daripada gejala rasuah.
