TEMERLOH, 11 MAC 2026 - Alhamdulillah telah selesai Program WORLD #QuranHour 2026 pada hari ini di IKTBN Temerloh dengan bacaan secara beramai-ramai Surah Al-Muzzammil (Surah ke-73 : Ayat 1-20) dan sesi tadabbur melalui siaran langsung di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak.
Seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar IKTBN Temerloh telah menyertai program ini. Semoga program ini memberi manfaat serta pengisian yang bermakna kepada seluruh warga IKTBN Temerloh dalam menyemarakkan bulan Ramadan yang mulia ini.
