- Haszreen
- IKTBN Temerloh
- Hits: 183
LAWATAN VERIFIKASI PENTAULIAHAN INDUK PROGRAM KEMAHIRAN BERDASARKAN COPTPA DI IKTBN TEMERLOH BAGI PROGRAM DAM 34, SLH 03 DAN SAK 03
LAWATAN VERIFIKASI PENTAULIAHAN INDUK PROGRAM KEMAHIRAN BERDASARKAN COPTPA DI IKTBN TEMERLOH BAGI PROGRAM DAM 34, SLH 03 DAN SAK 03
TEMERLOH, 4 MAC 2026 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Temerloh hari ini telah menerima lawatan rasmi daripada Panel Penilai bagi Lawatan Verifikasi Pentauliahan Program Kemahiran (PPPPK) berdasarkan kerangka COPTPA.
Lawatan ini merupakan sebahagian daripada proses verifikasi pentauliahan induk yang melibatkan sebanyak 15 program di seluruh Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS).
Daripada jumlah keseluruhan tersebut, sebanyak tiga program yang ditawarkan di IKTBN Temerloh telah terlibat dalam sesi penilaian kali ini.
Program-program berkenaan merangkumi Servis Diagnostik – Kenderaan Ringan, Operasi Servis Selepas Jualan – Kenderaan Bermotor, serta program Pemasangan dan Penyelenggaraan Satu Fasa Penyamanan Udara, Pengudaraan, dan Pemanasan (HVAC). Verifikasi bagi ketiga-tiga program ini memfokuskan kepada permohonan penambahan program bagi memastikan kualiti latihan yang diberikan sentiasa relevan dengan standard industri.
Sesi pembukaan telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama yang dihadiri oleh barisan pengurusan IKTBN Temerloh, Pengajar Jurusan SAK 03, DAM 34 dan SLH 03 bersama panel penilai. Lawatan verifikasi ini diketuai oleh Encik Yuhazreen bin Yusof selaku Pengerusi Panel daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Kehadiran pihak JPK adalah bagi memastikan setiap kriteria pentauliahan induk ini mematuhi garis panduan kebangsaan yang ditetapkan demi menjaga mutu pendidikan TVET negara.
Sepanjang sesi lawatan, panel penilai telah melaksanakan semakan dokumen yang rapi dan verifikasi lapangan bagi menilai kesediaan fasiliti serta peralatan latihan di setiap bengkel terlibat. Komitmen penuh yang diberikan oleh semua pegawai terlibat membuktikan kesungguhan IKTBN Temerloh dalam memartabatkan kualiti latihan kemahiran selari dengan aspirasi pemerkasaan belia dalam bidang tteknikal
