SESI PRA PEMBENTANGAN DALAM TALIAN PROJEK AKHIR PELAJAR DKM IKTBN

    SESI PRA PEMBENTANGAN DALAM TALIAN PROJEK AKHIR PELAJAR DKM IKTBN

     
    Temerloh, 9 Julai 2026 – Sesi Pra Pembentangan Dalam Talian Projek Akhir pelajar Jurusan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Temerloh telah berjaya dilaksanakan pada 8 dan 9 Julai 2026 bertempat di Bilik ICT, Cawangan CPKK, IKTBN Temerloh.

    Sesi ini merupakan platform persediaan kepada para pelajar untuk membentangkan hasil projek akhir mereka secara profesional sebelum pembentangan rasmi. Selain menguji tahap kefahaman dan kemahiran komunikasi pelajar, sesi ini turut memberi ruang kepada panel untuk memberikan pandangan, cadangan penambahbaikan serta maklum balas yang membina bagi memastikan projek memenuhi standard yang ditetapkan.
    Kejayaan penganjuran program ini adalah hasil kerjasama erat daripada pelbagai pihak yang terlibat, antaranya pegawai Jurusan DKM, pegawai ICT, pegawai CPKK serta Pegawai Pengesah Luaran (PPL) yang telah memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran perjalanan sesi sepanjang dua hari pelaksanaan.

    Pihak IKTBN Temerloh merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pegawai serta pihak yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan sesi ini. Diharapkan usaha ini dapat membantu meningkatkan kualiti pembentangan dan menghasilkan graduan DKM yang kompeten, berdaya saing serta memenuhi kehendak industri.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh
    Kampung Bongsu,
    28500 Lanchang, Temerloh,
    Pahang Darul Makmur.

    09-2805550