TAKLIMAT LATIHAN INDUSTRI SESI 2/2026 BIL.1 - PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI & TATACARA MEMOHON PENEMPATAN LATIHAN INDUSTRI.

    TAKLIMAT LATIHAN INDUSTRI SESI 2/2026 BIL.1 - PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI & TATACARA MEMOHON PENEMPATAN LATIHAN INDUSTRI.

    TAKLIMAT LATIHAN INDUSTRI SESI 2/2026 BIL.1 - PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI & TATACARA MEMOHON PENEMPATAN LATIHAN INDUSTRI.

    Tarikh : 8.5.2026
    Masa : 10.00 pagi
    Tempat : Auditorium, IKTBNT
    Pegawai Latihan Industri (LI) Cawangan Kerjasama Strategik (CKS) IKTBNT telah menyampaikan Taklimat Pengenalan LI & Tatacara memohon Penempatan LI kepada seramai 72 orang pelajar SKM/DKM dan MQA yang sedang mencari penempatan bagi menjalani LI pada Ogos dan November akan datang.
    Semua pelajar dinasihatkan supaya membuat persediaan sebelum membuat permohonan tempat menjalani latihan industri yang mana ianya mestilah bersesuaian dengan bidang pengajian masing-masing. Permohonan perlu dilakukan dengan baik supaya bakal majikan sementara anda akan menilai daripada mula lagi iaitu cara anda memohon.
    Permohonan pelajar dalam mencari tempat LI boleh melalui 2 kaedah iaitu secara atas talian seperti emel dan panggilan telefon serta boleh juga melalui kaedah walk in.
    Pelajar boleh terus bertanya keputusan atau maklumbalas daripada syarikat mengenai permohonan mereka.
    Semoga semua pelajar mendapat tempat LI yang dihajati. Suka dinasihatkan kepada semua supaya sentiasa menjaga kesihatan dan keselamatan diri agar dapat meneruskan pengajian dan LI dengan lancar. Aamiin.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh
    Kampung Bongsu,
    28500 Lanchang, Temerloh,
    Pahang Darul Makmur.

    09-2805550