- Haszreen
- IKTBN Temerloh
- Hits: 21
THROWBACK - IKTBN TEMERLOH DI MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN KBS JUN 2026.
THROWBACK - IKTBN TEMERLOH RAIH PENGIKTIRAFAN EKSA DAN PENCAPAIAN 100% PRESTASI PEMBAYARAN BIL DAN TUNTUTAN DI MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN KBS JUN 2026.
IKTBN Temerloh telah menerima pengiktirafan Anugerah Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dan pencapaian 100% Prestasi Pembayaran bil dan Tuntutan bersempena Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi Bulan Jun 2026 di Dewan Podium B, Menara KBS. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS.
Pengiktirafan ini telah diterima oleh Pengarah IKTBN Temerloh, En. Azian bin Hussain dan anugerah ini merupakan penghargaan kepada usaha berterusan warga IKTBN Temerloh dalam membudayakan amalan EKSA serta mewujudkan persekitaran kerja yang bersih, kemas, selamat dan kondusif.
Pengiktirafan dan anugerah seperti ini membuktikan komitmen berterusan warga kerja IKTBN Temerloh terhadap budaya kerja yang cekap,sistematik dan berintegriti. Kejayaan ini bukan sahaja mencerminkan kecemerlangan pengurusan organisasi malah menjadi pemangkin untuk terus meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan pada masa hadapan.
“Ayuh Team IKTBN Temerloh, kita kekalkan momentum kejayaan hari ini untuk mencipta lebih banyak kejayaan pada masa hadapan”.
