BENGKEL PEMBANGUNAN ROBOT ANJURAN IKTBN BUKIT MERTAJAM

    BENGKEL PEMBANGUNAN ROBOT ANJURAN IKTBN BUKIT MERTAJAM

    Bukit Mertajam, 5 Mei 2026 – Pasukan Robot IKBN Wakaf Tapai (WT Titans Roboc) telah menyertai Bengkel Pembangunan Robot yang berlangsung pada 4 Mei 2026 hingga 5 Mei 2026 bertempat di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Program ini diadakan bersempena penganjuran Youth Robot Challenge 2026 ILKBS sebagai platform memperkukuh kemahiran teknikal robot, membangunkan inovasi dan teknologi terkini serta kerjasama berpasukan diantara peserta-peserta di ILKBS khasnya. Bengkel pembangunan soccer robot membolehkan peserta memahami asas pembangunan robot dalam pembangunan struktur, kawalan pergerakan, peralatan dan teknik kawalan robot di gelanggang untuk membentuk strategi yang berkesan.

    Tahniah kepada Pasukan Robot IKBN Wakaf Tapai (WT Titans Roboc) kerana berani menyahut cabaran dalam pembangunan robot. Pasukan akan membuat persiapan untuk penyertaan di Youth Robot Challenge 2026 ILKBS pada 3 Julai 2026 hingga 5 Julai 2026 di IKTBN Bukit Mertajam.

     

    #TeamIKBNWakafTapai

    #WTTitansRoboc

    #TeamILKBS

    #TeamKBS

    #TVETMalaysia

    Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai
    Km24, Jln Kuala Terengganu – Kuala Berang,
    21040, Marang, Terengganu.

    Tel : 09-6806000
    Faks: 09-6806009
    Emai: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.