- Adzrimie
- IKBN Wakaf Tapai
- Hits: 11
BENGKEL PENGGUBALAN SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR DAN WIM (PKK) ILKBS FASA 1 2026
CAMERON HIGHLANDS, PAHANG, 12 Ogos 2026 – Bengkel Penggubalan Soalan Peperiksaan Akhir dan WIM (PKK) ILKBS Fasa 1 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 10 hingga 12 Ogos 2026 di Hotel Rosa Passadena, Brinchang, Cameron Highlands, Pahang.
Program yang dianjurkan ini menghimpunkan para pengajar daripada IKBN Wakaf Tapai (CoL) - Pemasangan Paip, Penyelenggaraan Bangunan, IKTBN Bachok (CoE) - Lukisan Senibina, Sivil & Struktur, Pembuatan Perabot, Juruperancah, IKTBN Chembong - Lukisan Senibina, IKBNKP - Lukisan Senibina, IKBN Kinarut- Lukisan Senibina, IKSN - Pembuatan Perabot bagi melaksanakan pembangunan, semakan dan pembentangan soalan Peperiksaan Akhir Teori dan Amali bagi sesi 1/2027.
Bengkel ini dikendalikan oleh dua orang fasilitator berpengalaman, iaitu Encik Jefrizain bin Abdul Rasid daripada IKTBN Dusun Tua dan Puan Tc. Siti Nur Insyirah Pamela binti Abdullah daripada IKBN Wakaf Tapai. Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta diberikan pendedahan berkaitan kaedah penggubalan peperiksaan yang menepati standard penilaian TVET, di samping memastikan setiap soalan yang dibangunkan selaras dengan kehendak kurikulum, hasil pembelajaran serta kompetensi yang ditetapkan.
Selain pembangunan soalan peperiksaan, sesi semakan dan pembentangan turut dilaksanakan secara kolaboratif bagi memastikan setiap item yang dibangunkan mempunyai tahap kesahan, kebolehpercayaan dan kesesuaian yang tinggi sebelum digunakan dalam peperiksaan akhir sesi 1/2027.
Diharapkan agar hasil daripada bengkel ini dapat meningkatkan mutu penyediaan soalan peperiksaan serta bahan pengajaran dan pembelajaran di semua institusi ILKBS demi melahirkan tenaga kerja mahir yang berdaya saing dan berkualiti.
#TVET Pilihan Utama Kerjaya
#ILKBS Profesional Terunggul
#TeamKBS
#KitaSemuaTeamMAS
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#TvetILKBS
#ikbnwakaftapai
