ENGLISH CAMP WITH PLUMBERS

    ENGLISH CAMP WITH PLUMBERS

    21 Jun 2026 – Program English Camp With Plumbers telah diadakan bertempat di Hutan Lipur Sekayu, Kuala Berang. Program ini telah disertai oleh para pelajar Semester 2 dan 4 daripada Jurusan Teknologi Pemasangan Paip. Program English Camp ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran para pelajar tentang kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris dalam konteks kehidupan seharian. Selain itu, program ini diadakan dengan tujuan untuk mengajak para pelajar bersama-sama meneruskan usaha untuk menjaga alam sekitar. Terdapat beberapa slot aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program berlangsung iaitu, ‘English is Fun’, ‘Guess What’ dan ‘Talk to Me’. Program ini diakhiri dengan aktiviti mengutip sampah dan juga membersihkan kawasan sekitar sungai.

     

    #TVET Pilihan Utama Kerjaya

    #ILKBS Profesional Terunggul

    #TeamKBS

    #KitaSemuaTeamMAS

    #MalaysiaMADANI

    #RancakkanMADANI

    #MADANIBekerja

    #TvetILKBS

    #ikbnwakaftapai

    Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai
    Km24, Jln Kuala Terengganu – Kuala Berang,
    21040, Marang, Terengganu.

    Tel : 09-6806000
    Faks: 09-6806009
    Emai: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.