Youth Roboc Challengge 2026 sedang berlangsung bermula pada 03-05 Julai 2026 bertempat di IKTBN Bukit Mertajam Pulau Pinang. IKBN Wakaf Tapai diwakili oleh WT Titans Roboc Team yang membawa cabaran pada kategori berikut ;
1. Soccer Robot (1.5KG)
- WT Titans Roboc Team A
- WT Titans Roboc Team B
2. Tower Robot (5KG)
- WT Titans Roboc TWR
Pasukan Soccer Robot IKBN Wakaf Tapai berjaya melangkah ke Peringkat Suku Akhir pada hari esok dan akan memberi cabaran kepada peserta dari ILKBS lain yang layak pada kategori yang sama. Pada peringkat kumpulan, aksi sengit pertandingan Y-RoboC 2026 Kategori Soccer Robot diuji dengan saingan sebanyak 32 Pasukan yang bertanding peringkat kumpulan, Pasukan menyusun strategi dan memberikan yang terbaik di dalam arena bagi kelayakan pusingan kalah mati 🤖🔥.
Pasukan WT Titans Roboc Team A berjaya mengalahkan Pasukan Rofa (IKBN Pekan) dan WT Titans Roboc Team B berjaya mengalahkan Pasukan DT Ro Team (IKTBN Dusun Tua) diperingkat pusingan kalah mati bagi melayakkan diri ke peringkat Suku Akhir. Doakan kejayaan Pasukan IKBN Wakaf Tapai ke peringkat seterusnya.
💼 TVET IKBNWT Pilihan Utama Kerjaya
🏆 ILKBS Profesional Terunggul
#YouthRoboc2026
#IKBNWT
#ILKBS
#TVET
#TeamKBS
