LAWATAN PANEL PENILAI PENTAULIAHAN PROGRAM KEMAHIRAN (PPPPK) KE IKBN WAKAF TAPAI BAGI PERMOHONAN PENAMBAHAN PROGRAM COPTPA

    LAWATAN PANEL PENILAI PENTAULIAHAN PROGRAM KEMAHIRAN (PPPPK) KE IKBN WAKAF TAPAI BAGI PERMOHONAN PENAMBAHAN PROGRAM COPTPA

    IKBN Wakaf Tapai, Marang, 16 Mac 2026 (Isnin) - Satu lawatan rasmi Panel Penilai Pentauliahan Program Kemahiran (PPPPK) telah diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Wakaf Tapai bagi tujuan penilaian permohonan penambahan program kemahiran untuk bidang COPTPA. Lawatan penilaian ini diketuai oleh Pn. Dayang Nurul Nahar binti Talib bersama barisan panel penilai yang terdiri daripada En. Nik Mohd Syahirruddin bin Jusoh, Ts. Azhar bin Abdul Rahman, En. Amir bin Abdullah Shah Aimin dan En. Samsuri bin Kamarudin.

    Tujuan utama lawatan ini adalah bagi menilai tahap kesiapsiagaan pusat bertauliah serta memastikan segala keperluan dari segi kemudahan, tenaga pengajar, kurikulum latihan dan peralatan latihan memenuhi standard yang ditetapkan sebelum kelulusan penambahan program diberikan.

    Antara bidang kemahiran yang terlibat adalah:

     1.  Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Tiga Fasa (F432-005-3:2019)

     2. Operasi Fabrikasi Paip (Minyak, Gas & Petrokimia) [OG-0101-3:2011]

     3.  Proses Kimpalan Arka Logam Berperisai (C259-008-3:2022)

    Sepanjang lawatan tersebut, panel penilai telah dibawa melawat bengkel latihan serta menilai kemudahan infrastruktur, peralatan latihan, dokumentasi berkaitan program serta kesediaan personel bagi memastikan program yang dicadangkan mampu dilaksanakan dengan berkesan dan mematuhi syarat pentauliahan COPTPA. Diharapkan melalui penambahan program ini, IKBN Wakaf Tapai akan terus memainkan peranan penting dalam melahirkan tenaga mahir yang kompeten dan berdaya saing

     

    #TVET Pilihan Utama Kerjaya

    #ILKBS Profesional Terunggul

    #TeamKBS

    #KitaSemuaTeamMAS

    #MalaysiaMADANI

    #RancakkanMADANI

    #MADANIBekerja

    #TvetILKBS

    #ikbnwakaftapai

    Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai
    Km24, Jln Kuala Terengganu – Kuala Berang,
    21040, Marang, Terengganu.

    Tel : 09-6806000
    Faks: 09-6806009
    Emai: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.