LAWATAN PENDEDAHAN INDUSTRI  PELAJAR SEMESTER 3, JABATAN TEKNOLOGI FESYEN DAN PAKAIAN IKBN WAKAF TAPAI

    LAWATAN PENDEDAHAN INDUSTRI PELAJAR SEMESTER 3, JABATAN TEKNOLOGI FESYEN DAN PAKAIAN IKBN WAKAF TAPAI


    30 September 2026 – Seramai 34 orang pelajar Semester 3, Jabatan Teknologi Fesyen dan Pakaian, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Wakaf Tapai telah mengadakan Lawatan Pendedahan Industri ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

    Lawatan ini telah diiringi oleh 5 orang pengajar dan bertujuan untuk memberi pendedahan secara langsung kepada para pelajar tentang industri kraf dan tekstil tempatan.
    Objektif lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang proses penghasilan produk kraf dan tekstil tempatan secara komersial termasuk teknik batik, tenunan dan penghasilan pakaian tradisional serta kontemporari.

    Di samping itu juga,ianya dapat meningkatkan pengetahuan pelajar berkaitan pemasaran, penjenamaan dan keusahawanan dalam industri fesyen berasaskan kraf, selaras dengan keperluan industri semasa.

    Selain itu,lawatan ini membuka peluang kepada pelajar untuk mendapatkan inspirasi reka bentuk dan idea inovasi bagi projek semester dan persediaan untuk kerjaya dalam bidang fesyen dan pakaian selepas tamat pengajian.

    Diharapkan melalui lawatan ini, para pelajar dapat mengaitkan teori pembelajaran di dalam kelas dengan aplikasi sebenar di industri serta meningkatkan motivasi untuk menjadi tenaga mahir yang berdaya saing dalam industri fesyen. 

    #TVET Pilihan Utama Kerjaya
    #ILKBS Profesional Terunggul
    #TeamKBS
    #KitaSemuaTeamMAS
    #MalaysiaMADANI
    #RancakkanMADANI
    #MADANIBekerja
    #TvetILKBS
    #ikbnwakaftapai

    Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai
    Km24, Jln Kuala Terengganu – Kuala Berang,
    21040, Marang, Terengganu.

    Tel : 09-6806000
    Faks: 09-6806009
    Emai: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.