MAJLIS PERASMIAN PENUTUP ILKBS SKILLS 2026 BIDANG KIMPALAN (WELDING)

    MAJLIS PERASMIAN PENUTUP ILKBS SKILLS 2026 BIDANG KIMPALAN (WELDING)

    IKBN WAKAF TAPAI, 4 NOVEMBER 2026 – Majlis Perasmian Penutup Pertandingan ILKBS Skills 2026 Bidang Kimpalan (Welding) telah berlangsung di Bilik Seminar, IKBN Wakaf Tapai.

    Majlis telah disempurnakan oleh Pengarah IKBN Wakaf Tapai, Tuan Haji Zaini bin Abd Aziz, dengan diiringi Pn. Noorul Husna binti A Rashid, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar dan En. Irwanizam bin Kosnan, Ketua Jabatan Teknologi Mekanikal.

    Majlis turut menyaksikan penyampaian sijil penghargaan kepada jurulatih, hakim dan pempamer, diikuti penyampaian hadiah kepada para peserta berdasarkan pencapaian masing-masing. 
    Tahniah kepada semua pemenang dan syabas kepada seluruh peserta serta pihak yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini. 

    Semoga pertandingan ini terus menjadi platform dalam melahirkan tenaga mahir dan kompeten selaras dengan keperluan industri.

    #TVET Pilihan Utama Kerjaya
    #ILKBS Profesional Terunggul
    #TeamKBS
    #RakanMuda
    #SukanILKBS
    #KitaSemuaTeamMAS
    #MalaysiaMADANI
    #RancakkanMADANI
    #MADANIBekerja
    #TvetILKBS
    #ikbnwakaftapai

    Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai
    Km24, Jln Kuala Terengganu – Kuala Berang,
    21040, Marang, Terengganu.

    Tel : 09-6806000
    Faks: 09-6806009
    Emai: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.