MINGGU PARADIGMA PELAJAR BAHARU SESI 1/2026 IKBN WAKAF TAPAI

    MINGGU PARADIGMA PELAJAR BAHARU SESI 1/2026 IKBN WAKAF TAPAI

    IKBN WAKAF TAPAI, 29 JANUARI 2026 - Program Minggu Paradigma telah dilaksanakan pada 26 Januari 2026 hingga 29 Januari 2026 untuk seramai 34 orang Pelajar Baharu Sesi 1/2026 IKBN Wakaf Tapai dan dianjurkan oleh Cawangan Pengurusan Pelajar IKBN Wakaf Tapai dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar IKBN Wakaf Tapai.

    Program Minggu Paradigma ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan penyesuaian diri kepada pelajar baharu dengan persekitaran serta budaya pembelajaran di IKBN Wakaf Tapai. Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan memupuk semangat kerjasama antara pelajar baharu, pelajar sedia ada dan warga IKBN Wakaf Tapai. Pelbagai agensi telah dijemput bagi memberi taklimat dan ceramah, antaranya ialah YADIM & Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Majlis Perasmian Penutup program telah disempurnakan oleh Tuan Haji Zaini bin Abd Aziz, Pengarah IKBN Wakaf Tapai.

     

    TVET Pilihan Utama Kerjaya#ILKBS Profesional Terunggul#TeamKBS#KitaSemuaTeamMAS#MalaysiaMADANI
    #RancakkanMADANI#MADANIBekerja#TvetILKBS#ikbnwakaftapai

    Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai
    Km24, Jln Kuala Terengganu – Kuala Berang,
    21040, Marang, Terengganu.

    Tel : 09-6806000
    Faks: 09-6806009
    Emai: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.