PELAJAR IKBN WAKAF TAPAI MERIAHKAN FIESTA RAKAN MUDA TERENGGANU 2026

    PELAJAR IKBN WAKAF TAPAI MERIAHKAN FIESTA RAKAN MUDA TERENGGANU 2026

    KUALA TERENGGANU, 18 April – Seramai 40 orang pelajar daripada Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Wakaf Tapai telah terlibat dalam menjayakan Majlis Perasmian Fiesta Rakan Muda Peringkat Negeri Terengganu 2026 yang berlangsung di Kompleks Sukan Air Negeri Terengganu, Pulau Duyong, hari ini.

    Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu serta Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu itu diadakan selama dua hari bermula 17 hingga 18 April 2026. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq bin Johari. Penganjuran program ini bertujuan menyediakan ruang yang terbuka, progresif dan mesra belia bagi membolehkan golongan muda mengekspresikan bakat, minat serta potensi diri dalam suasana karnival yang inklusif dan dinamik. Penglibatan pelajar IKBN Wakaf Tapai ini adalah bagi memeriahkan majlis perasmian serta menyokong usaha kerajaan dalam memperkasakan pembangunan belia di negeri ini.

    Program seperti ini dilihat mampu memberi pendedahan yang luas kepada para pelajar dalam membina keyakinan diri, semangat kerjasama serta meningkatkan penglibatan aktif dalam aktiviti komuniti.

     

    #TVET Pilihan Utama Kerjaya

    #ILKBS Profesional Terunggul

    #TeamKBS

    #RakanMuda

    #RakanBumi

    #KitaSemuaTeamMAS

    #MalaysiaMADANI

    #RancakkanMADANI

    #MADANIBekerja

    #TvetILKBS

    #ikbnwakaftapai

    Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai
    Km24, Jln Kuala Terengganu – Kuala Berang,
    21040, Marang, Terengganu.

    Tel : 09-6806000
    Faks: 09-6806009
    Emai: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.