Marang, 14 Mei 2026 - Satu perbincangan bersama Wakil Syarikat Man Plumbing Services dengan Cawangan Hubungan Industri (CHI) bertempat di Lobi Utama IKBN Wakaf Tapai telah diadakan. Antara objektif utama ialah untuk membincangkan program kerjasama khususnya berkaitan latihan industri dan kebolehpasaran pelajar IKBN Wakaf Tapai. Pihak Cawangan Hubungan Industri (CHI) IKBN Wakaf Tapai turut membincangkan hasrat untuk mengadakan kerjasama strategik bersama pihak industri bagi meningkatkan kualiti pelajar, tenaga pelajar, kurikulum latihan dan juga perkara-perkara yang dapat menyumbangkan kepada peningkatan kadar kebolehpasaran graduan IKBN Tapai.
#TVET Pilihan Utama Kerjaya
#ILKBS Profesional Terunggul
#TeamKBS
#KitaSemuaTeamMAS
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#TvetILKBS
#ikbnwakaftapai
