17 SEPTEMBER 2026 – Tuan Pengarah Haji Zaini bin Abd. Aziz diiringi Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan Puan Nik Noorhafizan binti Nik Osthman telah mengadakan perjumpaan dan penyerahan bendera kepada Peserta Negara bagi Bidang Welding, Saudara Muhammad Ammar bin Azli, bersama-sama Jurulatih Negara, Encik Nor Suhaili bin Mohd Yahya.
Sesi penyerahan ini adalah sebagai tanda sokongan penuh menjelang Pertandingan WorldSkills Competition Shanghai 2026 yang bakal berlangsung pada 22 hingga 27 September di National Exhibition and Convention Center (NECC), Shanghai, China.
Selamat maju jaya diucapkan kepada Saudara Muhammad Ammar bin Azli dan jurulatih. Semoga usaha gigih dan tekad yang tinggi ini membuahkan hasil yang membanggakan seluruh rakyat Malaysia.
Semoga kejayaan mengiringi langkah wira negara kita! Malaysia Boleh! Ayuh bersama-sama kita berikan sokongan padu dan mendoakan agar Jalur Gemilang berkibar megah di bumi Shanghai.
#WorldSkillsShanghai2026
#WorldSkillsMalaysia
#MalaysiaBoleh
#TVETMalaysia
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#ILKBSProfesionalTerunggul
#TeamKBS
#KitaSemuaTeamMAS
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#TvetILKBS
#ikbnwakaftapai
