IKBN Wakaf Tapai, Marang, 3 Februari 2026 – Bertempat di Dewan Besar IKBN Wakaf Tapai, satu Program Jualan Rahmah Madani @ Kampus telah dilaksanakan dengan anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Cawangan Hulu Terengganu dan Pasaraya XIRI sebagai operator. Program yang turut melibatkan Gerakan Pengguna Siswa (GPS) IKBNWT telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada masyarakat setempat terutamanya pelajar dan kakitangan IKBN Wakaf Tapai itu sendiri.
TAHNIAH dan SYABAS kepada Gerakan Pengguna Siswa (GPS) Wakaf Tapai yang terlibat dalam menjayakan PJRM @ Kampus ini.
#TVET Pilihan Utama Kerjaya#ILKBS Profesional Terunggul#ikbnwakaftapai#ILKBS# MalaysiaMadani#MADANIBekerja#RancakkanMADANI
