PROGRAM KafeTEEN@ ILKBS PERINGKAT IKBN WAKAF TAPAI 2026

    PROGRAM KafeTEEN@ ILKBS PERINGKAT IKBN WAKAF TAPAI 2026

    WAKAF TAPAI, TERENGGANU | 8 Ogos 2026 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Wakaf Tapai telah melaksanakan Program KafeTEEN@ ILKBS Peringkat IKBN Wakaf Tapai 2026 sebagai salah satu inisiatif dalam memberikan pendedahan dan pendidikan berkaitan kesejahteraan diri, kesihatan reproduktif serta pembangunan sahsiah dalam kalangan pelajar.

    Program ini telah disertai oleh seramai 51 orang pelajar, terdiri daripada 24 orang pelajar lelaki dan 27 orang pelajar wanita. Penyertaan yang memberangsangkan ini menunjukkan komitmen pelajar dalam mendapatkan pengetahuan dan kefahaman berkaitan aspek perkembangan diri serta kesejahteraan remaja.

    Program ini diselaras dan disampaikan oleh En. Hassan Basri bin Yahya dan En. Nasaruddin bin Ibrahim, yang merupakan fasilitator yang telah dilantik oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

    Pelaksanaan KafeTEEN@ ILKBS memberi ruang kepada para pelajar untuk mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang tepat berkaitan perkembangan diri, hubungan sosial, pengurusan emosi, kesihatan serta isu-isu semasa yang berkaitan dengan golongan remaja. Pendekatan secara interaktif dan santai turut digunakan bagi menggalakkan penglibatan aktif para peserta sepanjang program berlangsung.

    Program ini turut dipantau oleh LPPKN Negeri Terengganu bagi memastikan pelaksanaan program berjalan lancar serta menepati objektif dan pendekatan yang telah ditetapkan.

    #TVET Pilihan Utama Kerjaya
    #ILKBS Profesional Terunggul
    #TeamKBS
    #RakanMuda
    #SukanILKBS
    #KitaSemuaTeamMAS
    #MalaysiaMADANI
    #RancakkanMADANI
    #MADANIBekerja
    #TvetILKBS
    #ikbnwakaftapai
    #LPPKN

    Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai
    Km24, Jln Kuala Terengganu – Kuala Berang,
    21040, Marang, Terengganu.

    Tel : 09-6806000
    Faks: 09-6806009
    Emai: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.