- Adzrimie
- IKBN Wakaf Tapai
- Hits: 16
SESI PERJUMPAAN KHAS PESERTA NEGARA KE WORLDSKILLS COMPETITION SHANGHAI 2026 (BIDANG WELDING) BERSAMA-SAMA CHEF DE MISSION WSC 2026 DI MENARA KEMENTERIAN KERJA RAYA
KUALA LUMPUR, 11 JUN 2026 – Satu sesi perjumpaan khas Chef de Mission WorldSkills Competition Shanghai 2026, YB Datuk Seri Dr. Ahmad bin Maslan, Timbalan Menteri KKR bersama-sama Peserta Negara Bidang Welding iaitu Saudara Muhammad Ammar bin Azli diiringi Pakar dan Jurulatih Negara untuk membincangkan perkembangan dan persediaan latihan Peserta Negara bagi persediaan Pertandingan WorldSkills Shanghai 2026 pada September 2026 nanti.
Sesi perjumpaan khas ini diadakan bagi membincangkan perkembangan terkini sistem latihan dan persediaan Peserta Negara, Saudara Muhammad Ammar bin Azli dari IKBN Wakaf Tapai, Terengganu. YB CDM banyak memberi kata-kata semangat dan mencadangkan beberapa perkara yang perlu diambil tindakan oleh peserta dan pakar negara bagi persediaan pertandingan. Diharap Peserta Negara Saudara Muhammad Ammar bin Azli lebih bersemangat dan memberi tumpuan pada latihan intensif yang telah dijalankan bagi mencapai sasaran yang diletakkan kepada peserta negara.
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#ILKBSProfesionalTerunggul
#TeamKBS
#KitaSemuaTeamMAS
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#TvetILKBS
#ikbnwakaftapai
