Kerangka N³T Perkasa Graduan ILKBS:Langkah Baharu ke Dunia Kerjaya

    Kuala Lumpur, 9 April 2025 – Seramai 44 warga Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) dari seluruh negara hadir menyempurnakan Majlis Penutup Program K-Youth Development (Track C): Strengthen Career Centre di Profis Atrium, Bukit Jalil, hari ini.

    Program yang berlangsung selama lima bulan ini membuahkan kerangka pembangunan kerjaya ‘Navigate, Nurture, Network and Thrive’ (N³T) yang dirangka bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan ILKBS secara holistik. Pendekatan empat fasa ini sejajar dengan sektor industri MSIC 2008, sekaligus memperkasa pusat kerjaya ILKBS sebagai pemacu utama peralihan graduan ke alam pekerjaan.

    Inisiatif ini merupakan kerjasama strategik antara Exzellent Profis Sdn. Bhd., Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Khazanah Nasional Berhad. ILKBS dijangka menjadi salah satu peneraju dalam menyediakan belia Malaysia yang lebih kompeten dan dinamik seiring hasrat Model Pembangunan Belia MADANI 2030 dan Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030.

    Turut hadir Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Puan Liyana Haminudin, Ketua Pegawai Eksekutif Exzellent Profits, Dr. Raihan Tahir, Pengarah Pembangunan Modal Insan Khazanah Nasional Berhad, Mohammad Razip Mohammad Zin serta pengarah-pengarah ILKBS.

    Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia,
    Aras 3, Menara KBS,
    Kementerian Belia & Sukan Malaysia,
    No 27, Persiaran Perdana,Presint 4,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62570, Putrajaya, Malaysia

    No Tel :- +60 3-8871 3646
    Emel : pertanyaanbpkb@kbs.gov.my

    Please publish modules in offcanvas position.