Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) merupakan institusi berteraskan kemahiran yang bernaung di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Antara kursus yang diajar adalah seperti elektronik industri, audio video dan teknologi komputer. Kursus latihan ini biasanya mengambil masa di antara 18 bulan hingga 36 bulan mengikut bidang kemahiran dari Tahap 1 sehingga Tahap 5.
Pelatih yang berjaya akan mendapat sijil dari Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia. Ia juga menyediakan peluang latihan kemahiran dalam pelbagai bidang kepada belia lepasan sekolah mengikuti program Sijil Kemahiran Malaysia, Diploma dan Diploma Lanjutan. Memberikan pendedahan keusahawanan dalam bidang kemahiran yang diperolehi.
Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia,
Aras 3, Menara KBS,
Kementerian Belia & Sukan Malaysia,
No 27, Persiaran Perdana,Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570, Putrajaya, Malaysia
No Tel :- +60 3-8871 3646
Emel : pertanyaanbpkb@kbs.gov.my