Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) dahulu dikenali sebagai Cawangan Kemahiran merupakan salah satu cawangan di Bahagian Pembangunan Belia. Pada tahun 2001, ianya telah dinaiktaraf menjadi Bahagian Pembangunan Kemahiran melalui penyusunan semula Kementerian Belia dan Sukan. Sejak dari itu, Ketua Pengarah Bahagian bertanggungjawab kepada Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Kementerian Belia dan Sukan. Penyusunan semula bahagian ini disebabkan fungsi yang semakin bertambah dalam merancang dan mengawalselia program latihan kemahiran melalui pendekatan seperti berikut :
- Kursus kemahiran sepenuh masa di Institut
- Kursus Bina Insan (kepimpinan, keusahawanan, disiplin) kepada belia
- Kursus Kemahiran Jangka Pendek dan Customised kepada belia
Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia,
Aras 3, Menara KBS,
Kementerian Belia & Sukan Malaysia,
No 27, Persiaran Perdana,Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570, Putrajaya, Malaysia
No Tel :- +60 3-8871 3646
Emel : pertanyaanbpkb@kbs.gov.my